Saturday, February 13, 2010

Pengurusan UNISEL yang cam hampeh..

Assalamualaikum kpd sume..

Hari ini aku berminat untuk menulis tentang pengurusan pihak unisel yang buat keputusan tanpa memikirkan akibatnya. Aku rasa semua pelajar unisel dah tahu yang pelajar-pelajar fakulti bioteknologi akan dipindahkan ke kampus bestari jaya. Pada aku tindakan ini adalah sesuatu yang tidak wajar kerana populasi di kampus shah alam adalah lebih kurang 4000 orang pelajar termasuk pelajar biotek. Sekiranya pelajar biotek dipindahkan ke kampus bestari jaya, maka jumlah pelajar dikampus shah alam akan menjadi lbh kurang 2500 orang. Dan untuk pengetahuan semua, jumlah pelajar seramai 4000 itu pun telah menimbulkan masalah kekurangan bilik kuliah. Pada mulanya aku ingat yang pelajar biotek dipindahkan kesana kerana ngin mengurangkan masalah kekurangan bilik kuliah akan tetapi pihak unisel ingin memindahkan fakulti pengurusan industri atau kini lebih dikenali dengan faculty of business ke kampus shah alam. Untuk pengetahuan korang, jumlah pelajar business ini lebih kurang 3000 orang dan itu bermakna jumlah pelajar dikampus shah alam akan menjadi seramai 5500 orang. Itu juga bermakna jumlah itu telah lebih seramai 1100 orang daripada sebelum ini. yang menjadi masalahnya, baru pelajar 4000 orang pun dah sibuk pasal masalah kekurangan bilik kuliah, inikan pulak kalau dah jadi 5500 orang. Dimana pihak unisel nak meletakkan mereka nanti. Jangan pulak nanti bila dh nampak masalah itu didepan mata baru nak bertindak. Dan aku pasti tindakan mereka nanti pastilah memindahkan semula student busines ke kampus bestari jaya. Sekiranya pihak pengurusan ingin memindahkan pelajar-pelajar biotek, pindahkan sajalah tapi tak perlu rasanya untuk membawa fakulti lain masuk ke kampus shah alam. Aku bukan tidak ingin mengalu-alukan kedatangan mereka tetapi mereka sendiri pun tidak sudi untuk belajar di kampus shah alam yang kecik dan lama tu. Sekiranya pelajar-pelajar business merasakan yang kampus shah alam itu tidak cukup standard dan class pada mereka, maka aku harap agar pelajar-pelajar tersebut buatlah rayuan agar kamu semua tidak akan dipindahkan dari kampus bestari jaya yang standard dan high class pada kamu semua..

0 comments: